Saturday, 4 May 2013

20 TIP KULIT CANTIK & SIHAT

1 SEGAR
Mulakan harimu dgn segelas jus buah-buahan segar.Pastikan setiap hari berlainan perisa.

2 SAYANGI DIRI
Elakkan daripada berada diruang perokok.Adalah lebih baik habiskan masamu bersama kawan2 yang gemarkan riadah.

3 ENAKNYA SALAD BUAH
Ciptakan salad buah-buahan yang kaya dgn serat dan punyai anti oksida yg tinggi misalnya anggur,bluberries dan banyak lagi.Campurkan dgn perahan lemon 2@ madu..enaknya..

4 KRIM PELEMBAB
Setiap kali keluar rumah, jgn lupa oleskan wajah kamu dgn krim pelembab.kulit kekal sihat dan lembut sentiasa.

5 BERSENAM
Jangan malas bersenam!!Jika tidak punya masa yang cukup, berjalan kaki dan naik turu tangga di pejabat juga adalh salah satu senaman yang baik utk kesihatan jantung dan membantu pembakaran lemak.

6 ELAKKAN
Elakkan makan makanan yg sudah siap di proses.Makanlah makanan yang segar dlm menu diet seharian kamu, misalnya sayur-sayuran dan buah buahan.

7 SPA
Manjakan dirimu di spa!Tubuhmu akan terasa lebih segar dan kulit lebih cantik.

8 TANGGALKAN SEGALA KEKOTORAN
Hilangkan sel kulit mati dgn menggunakan skrub, lakukan seminggu sekali...

9 JEMPUT TEMAN-TEMAN DATANG KERUMAH
Jemput jiran @teman datang kerumah dan berkongsi info tentang kesihatan, disamping menghidangkan pelbagai jenis makanan sihat.Kegembiraaan bersama rakan boleg menghilangkan rasa stress..seronok bukan..

10 OMEGA 3
Makan makanan yang mengandungi omega 3.Misalnya ikan salmon, dan walnut.Ia bukan sahaja menghalang kanser, bahkan menurunkan obesiti dalam tubuh.

11 RILEKS
Kamu stress?Rehat dan kawal tekana kamu dgn cara yang lebih baik seperti mendekatkan diri kpd allah, atau tidur sebentar.

12 LAKUKAN FACIAL SENDIRI
 Jika tidak sempat mengunjungi spa@ pusat rawatan wajah, lakukanlah facial sendiri di rumah, dgn cara tundukkan kepala dii permukaan besen yang telah  di isi dgn air panas.Selepas  itu, tutup kepala dgn tuala.Akhir sekali lakukan urutan pada wajah kamu dan sapukan wajah kamu dgn krim malam.

13 MINUM LEBIH BANYAK AIR
Jika wajah terasa kering banyakkan meminum air.Boleh juga semburkan wajah kamu dgn air segar.Minum air masak boleh juga mengaktifkan sel otak kamu untuk  lebih pantas berfikir.

14 BANGUN AWAL
Lakukan streaching atau hadiri kelas yoga, Senaman ini boleh membantu melancarkan sistem peredaran darah kamu dan juga menghilangkan stress

15 BERCUTILAH
Berikanlah masa pada diri anda untuk bercuti, tidak kiralah seminggu sekali, sebulan sekali mahupun setahu sekali, bercuti mampu merehatkan otak kamu dari tekanan kerja seharian.Hargai dirimu dgn menikmati kehijaun dan ketenangan yang boleh melapangkan fikiran.

16 TAK NAK!
Katakan tak nak pada rokok.

17 KURANGKAN GARAM
Kurangkan garam dlm hidangan anda seharian kerana makan makanan yg masin boleh menyebabkan wajahmu kelihatan sembab.

18 CUCI WAJAH
Cuci wajahmu sebelum tidur, pastikan wajahmu bersih dari segala kotoran habuk dan kesan solekan sebelum tidur.Wajah yang tidak bersih sewaktu tidur memudahkan jangkitan bakteria yang menyebabkan jangkitan jerawat dan pelbagai masalah kulit.

19 BUANG TOKSIN
Buang segala toksin dalam badan.Jika kamu tidak arif dapatkan nasihat pakar.Kamu juga boleh melakukan sauna di spa utk membantu pengeluaran toksin dalam badan.

20 TIDUR
Tidur yg cukup boleh memberi kesegaran pada kamu.Tidur berlebihan pula boleh menyebabkan badan kamu sembab dan tidak bermaya.Tidur yang tidak cukup juga menjejaskan kecantikan kamu, kerana wajah nampak pucat dan lebam di mata.